close(x) SELAMAT DATANG SEMUA ... ILMU BUKAN SEKADAR PENGETAHUAN ... TETAPI SEBAGAI JAMINAN MASA HADAPAN ...
Home » » Tegar Kembali Mengemis Selepas Ditipu Pengurus, Hilang Punca Pendapatan

Tegar Kembali Mengemis Selepas Ditipu Pengurus, Hilang Punca Pendapatan

Posted by Kedai Pop Ads on Wednesday, 18 February 2015


Aduh, sudah jatuh di timpa tangga. Dah la duitnya di kebas, passport di sorok. Kenapa la dianiaya anak ini. Cukup - cukup la hisap darah. Sampai bila nak menangung dosa. Kasihanilah TEGAR. Bukan nya anak senang ini. Susah payah perit jerih memperbaiki dirinya. Hormatilah dia...





Jika benar perkara yang dikhabarkan melalui sumber ini yang mengatakan Tegar kini hilang sumber pendapatan akibat ditipu pengurus, nampaknya penyanyi dari negara sebarang ini betul-betul berada dalam keadaan sukar.
Menurut sumber yang juga bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar, ibu kepada penyanyi berusia 13 tahun itu juga kembali mengemis.
“Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang. Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar. Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi”
“Saya simpati dengan Tegar. Pasport Tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’. Disebabkan itu Tegar tidak boleh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran persembahan di Malaysia kerana tiada passport,” kata sumber tersebut.
Tambah sumber lagi, ‘A’ yang berwarganegara Singapura merupakan bekas pengurus kedua Tegar yang kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.
“Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu. Banyak duit Tegar habis disebabkan dia”
“Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’,” tambahnya lagi.
Selain itu, Tegar juga didakwa telah disimpan selama sebulan oleh pengurusnya itu dan tidak dibenarkan menghubungi keluarganya di kampung - http://kedaipopads.blogspot.com/

P/s: Kalau benar bagai dikata, peminat TEGAR boleh la membantu beliau. Kasihan, budak - budak pun diorang buli dan hisap darah. Dunia oh dunia, makin di kejar makin gila jadinya



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
.comment-content a {display: none;}