close(x) SELAMAT DATANG SEMUA ... ILMU BUKAN SEKADAR PENGETAHUAN ... TETAPI SEBAGAI JAMINAN MASA HADAPAN ...
Home » » Jaafar Onn Minta Azwan Ali Untuk Taubat

Jaafar Onn Minta Azwan Ali Untuk Taubat

Posted by Kedai Pop Ads on Wednesday, 18 February 2015


Hai.. macam - macam cerita si Azwan Ali ni.. itu hari kat Melodi khabar ke santau la ape la.. la ni masuk instagram la.. upload gambar Jaafar Onn pulak.. adoi.. jangan le menabur fitnah.. berubat dan muhasabah diri je.. buat baik berpada - pada.. buat jahat jangan sekali bang oi




Ahad lalu menerusi program MELODI, Azwan Hj. Ali mendedahkan yang beliau telah disihir oleh seorang artis veteran berperwatakan lembut dengan nama J dan pada keesokan harinya Azwan Ali memuatnaik beberapa keping gambar Jaafar Onn dengan kata kata kurang enak.
Tanpa menyebut nama Azwan Hj. Ali dalam satu temubual bersama mStar OnlineJaafar Onn telah menggesa selebriti penuh kontroversi itu untuk insaf dengan perbuatannya kerana ianya telah mencerminkan kelemahan diri sendiri.
“Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu,” ulas Jaafar Onn berkenaan kata kata kesat seperti bapuk tua dan anjingyang ditujukan kepadanya oleh Azwan Ali di Instagram.
Jaafar Onn juga menjawab tuduhan yang beliau telah menyihir Azwan Ali dengan berkata mereka berdua sudah lama tidak berurusan dan tiada sebab untuk dirinya untuk melakukan sihir.
“Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu,” tambah Jaafar Onn lagi menafikan dakwaan Azwan Ali. - http://kedaipopads.blogspot.com/

P/S: Aduhai si Azwan Ali ni, tak sudah - sudah perangai dia ni.. jangan la gila glamour sangat.. hang da tua da wan.. insaf - insaf la sikit. Glamour ni tak kemana.. bertindak seperti lelaki dewasa.. jangan bertindak macam mak nyah tua melatah.. aduhai


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
.comment-content a {display: none;}