Al fatihah buat Tuan Guru, moga roh beliau di cucuri rahmat.. amin..
KOTA BAHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam ini.
Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.
Terdahulu, anaknya, Nik Mohamad Abduh memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan bapanya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam.
Sementara itu, orang ramai yang turut berada di pekarangan kediaman Allahyarham mengalirkan air mata sebaik dimaklumkan perkara itu.
Pemergian Allahyarham pada malam Jumaat dalam suasana cukup tenang selepas hampir sebulan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM.
Sementara itu, Nik Abduh mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi seluruh kaum keluarga pada jam 9.40 malam selepas sejam dibawa pulang dari HUSM.
Menurutnya, solat jenazah akan dilaksanakan pada 10 pagi esok di Masjid Pulau Melaka.
"Saya berharap rakyat Malaysia akan mendoakan roh beliau dicucuri rahmat," katanya kepada media sebentar tadi.
Keadaan kediaman Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini mula dipenuhi penyokong dan orang ramai setelah berita mengenai kemerosotan kesihatannya tersebar.
Malah kelihatan sanak saudara bekas Menteri Besar Kelantan itu turut kelihatan memasuki rumah beliau yang berhadapan dengan Masjid Pulau Melaka.
Ambulans yang membawa Nik Aziz bertolak dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kira-kira jam 8.40 malam dan tiba di kediaman rumahnya, 15 minit kemudian.
Ketika dibawa masuk ke rumahnya kelihatan Nik Aziz masih memakai alat bantuan pernafasan sambil diiringi keluarga terdekat.
Bagaimanapun beberapa pengawal melarang jurugambar dan wartawan merakam keadaan pemimpin Pas itu ketika diusung dari ambulans.

P/S: Tiada lagi pengganti yang setanding beliau...
0 comments:
Post a Comment