close(x) SELAMAT DATANG SEMUA ... ILMU BUKAN SEKADAR PENGETAHUAN ... TETAPI SEBAGAI JAMINAN MASA HADAPAN ...
Home » » Jep Sepahtu Akui Tidak Ramai Kawan Artis

Jep Sepahtu Akui Tidak Ramai Kawan Artis

Posted by Kedai Pop Ads on Friday, 13 February 2015




Sudah sebati dengan kehidupan yang sederhana dan tidak mengejar populariti, Jep Sepahtumengakui bahawa dirinya tidak mempunyai ramai kawan terutamanya di dalam industri seni.
“Memasuki dunia lakonan bukannya saya mencari dan mengejar populariti tetapi ini semua kerana bakat seni yang saya ada terutama melawak. Lagi pun, saya tidak mempunyai ramai rakan artis kalau anda semua nak tahu sebenarnya”
“Banyak masa akan dihabiskan di kampung (Kampung Melayu Kulai)jika saya tiada kerja untuk dibuat di Kuala Lumpur. Saya akan balik kampung dan bantu ayah saya membuat kerja,” katanya merendah diri.
Selain itu, Jep mengakui dia pernah rasa tertekan kerana banyak cubaan untuk menjatuhkan dirinya, namun Jep tidak pernah mengambil pusing terhadap perkara itu kerana baginya, semua itu tidak mendatangkan sebarang manfaat.
“Inilah orang kata cabaran. Setiap dugaan yang kita lalui itu perlu kita atasi dengan baik. Macam saya sendiri, saya tidak pernah terlalu memikirkan pandangan negatif orang terhadap saya. Makin saya fikir, makin serabut jadinya,” katanya seperti dipetik dari Utusan Online

P/S: Takpa abg JEP. Abg JEP steady. Ramai kat luar sana nak kawan ngan abg JEP. Betul tak?



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
.comment-content a {display: none;}