close(x) SELAMAT DATANG SEMUA ... ILMU BUKAN SEKADAR PENGETAHUAN ... TETAPI SEBAGAI JAMINAN MASA HADAPAN ...
Home » » Gadis-gadis Orang Asli Cameron Highland Jadi Mangsa Seks Warga Asing

Gadis-gadis Orang Asli Cameron Highland Jadi Mangsa Seks Warga Asing

Posted by Kedai Pop Ads on Saturday, 7 February 2015




CAMERON HIGHLANDS 7 Feb. – Belum pun selesai isu penerokaan haram dan kebanjiran pendatang tanpa asing tanpa izin (PATI) di tanah tinggi Cameron Highlands, kini timbul pula isu baharu apabila gadis Orang Asli di sini didakwa dijadikan mangsa seks golongan itu.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), R. Ramakrishnan ketika mendedahkan perkara itu mendakwa, meskipun banyak aduan telah dibuat mengenainya, sehingga kini langkah penguatkuasaan masih tidak dilaksanakan.
Lebih buruk, kata beliau, ada antara gadis Orang Asli yang menjadi mangsa seks PATI telah mengandung.

Katanya, ada yang telah menggugurkan kandungan untuk mengelak dikesan ahli keluarga serta masyarakat.

“Memang kita nampak kelibat PATI semakin kurang di bandar ini sejak operasi dibuat, tetapi mereka telah beralih ke perkampungan Orang Asli dan banyak masalah sosial berlaku di kawasan itu.

“Contohnya di Pos Terisu, PATI beri wang kepada gadis Orang Asli di sana dan jadikan mereka seolah-olah pelacur. Perbuatan itu semakin menjadi-menjadi. Bukan tidak ada aduan, tetapi tidak ada pihak yang ambil serius,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengiringi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali melawat kawasan penerokaan haram di sekitar kawasan Kuala Terla dan Berinchang di sini hari ini.

Sementara itu, Mustafar berkata, SPRM akan mencari kaedah terbaik dalam mendidik masyarakat di tanah tinggi itu supaya lebih proaktif menyalurkan maklumat berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku di kawasan tersebut.

Menurut beliau, perkara itu amat penting dalam memastikan semua masalah yang berlaku di sana terutamanya isu penerokaan haram dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Jelas beliau, pihaknya juga berharap, dengan adanya pejabat SPRM yang akan dibuka hujung bulan ini di kawasan tersebut, masyarakat setempat akan lebih mudah menyalurkan maklumat berhubung salah laku yang terjadi itu.

“SPRM akan mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung isu kemusnahan alam sekitar di sini khususnya berkaitan dengan aspek rasuah, penyelewengan kuasa dan tadbir urus yang dilaporkan berlaku.

“Selain itu, penduduk juga perlu melihat perkara ini sebagai keper*luan dan tindakan yang perlu diberikan perhatian serius kerana Cameron Highlands adalah tempat tinggal dan tempat mencari rezeki yang jika dibiarkan akan mengakibatkan kemusnahan berterusan,”katanya dalam sidang akhbar sempena lawatannya ke kawasan tersebut. -


P/S: Perkara ini dulu da serius.. sekarang makin kritikal.. siapa la yang nak membela nasib orang asli.. hutan tempat mereka diteroka.. anak gadis di noda.. tiada orang berkuasa ke di sana?


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
.comment-content a {display: none;}