close(x) SELAMAT DATANG SEMUA ... ILMU BUKAN SEKADAR PENGETAHUAN ... TETAPI SEBAGAI JAMINAN MASA HADAPAN ...
Home » » 3 Tips Membeli Rumah Pertama Anda

3 Tips Membeli Rumah Pertama Anda

Posted by Kedai Pop Ads on Monday, 9 February 2015

Sedikit garis panduan yang anda harus perhati dan menkaji. Kerana membeli rumah memerlukan anda membayar untuk tempoh jangka masa yang lama





Tips Membeli Rumah Pertama – Adakah anda ingin membeli rumah? Tahukah anda cara membeli rumah pertama? Ini adalah pengalaman pertama kali anda membeli rumah dan anda langsung tidak tahu apa apa tentang step langkah langkah didalam membeli rumah. Walau apa pun yang anda buat untuk beli rumah pertama, pada akhirnya ianya tetap bergantung kepada kelulusan pinjaman rumah anda oleh pihak bank. 


Baiklah, sebelum saya membincangkan tentang 3 tips membeli rumah pertama adalah lebih baik saya berkongsikan sedikit kisah saya semasa membeli rumah. Ini adalah rumah pertama saya dan pengalaman pertama juga. 3 bank permohonan pinjaman saya terpaksa lakukan dan akhirnya bank terakhir menerima permohonan pinjaman loan rumah saya. Bank ada macam macam kategori mereka. Ada yang melihat slip gaji asas, ada yang melihat gaji kasar, ada yang mahu tahu kwsp anda dan ada yang mahu tahu kondisi kerjaya anda. Macam macam kes inilah yang menyebabkan lulus atau tidak kejayaan pembelian rumah pertama anda bergantung kepada bank itu sendiri.

3 Tips Membeli Rumah Pertama

Cukup rasanya untuk perkara asas ini saya hanya perlu kongsikan hanya 3 tips asas bagi pembelian rumah pertama. Jom baca.
PERTAMA: Faktor Lokasi
– Sebelum tu, anda perlu tetapkan dahulu bahawa rumah tersebut untuk disewa, dijual balik atau untuk duduk sendiri? Kalau untuk disewa, anda mestilah letak target siapa yang bakal sewa rumah anda.
– Kalau untuk orang bujang, seeloknya cari lokasi yang berdekatan dengan Stesen LRT atau Bus Stop.
- Kalau untuk dijual balik, pastikan lokasi tersebut mempunyai potensi kenaikan rumah yang tinggi. Anda boleh buat survey sebelum membeli.
- Kalau untuk duduk sendiri, pastikan anda selesa dengan kejiranan rumah anda. Sebab jiran inilah yang anda akan mengadap hari-hari..
KEDUA: Faktor Pemaju
– Seringkali kita dengar berita tentang pemaju perumahan yang terbengkalai projeknya. Jadi, seeloknya cari pemaju perumahan yang
dah besar dan ada nama. Jadi, potensi untuk rumah anda siap dalam masa yang ditetapkan adalah tinggi.
KETIGA: Faktor Kewangan
– Apa yang penting bagi kita yang pertama kali nak beli rumah ialah kita kena tahu status kewangan kita. Sama ada kita mampu untu membayar deposit rumah atau tidak. Ataupun adakah kita mampu untuk yakinkan pihak bank untuk luluskan loan rumah kita?
Ketiga tiga Tips (Tips Membeli Rumah Pertama) diatas dikongsikan oleh Najib Assadok. Ianya hanyalah tips tips asas sahaja. Jika anda benar mahu membeli rumah atau anda gagal didalam membeli rumah pertama, saya sarankan adan mendapatkan panduan dibawah untuk bacaan dan rujukan lanjut anda malah mempraktikan teknik tersebut.

Baca: myberitatoday.blogspot.com

P/S: Admin tengah berkira - kira untuk membeli rumah kedua pula. Untuk aset jangka masa pangjang


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
.comment-content a {display: none;}